SEPAK RAGA
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga
menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan
nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi
bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga
diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar
isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah
seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan
menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga
dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu
lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara
individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah,
ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan
yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan
buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah
kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dalam
permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah
congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di
atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah,
biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh
dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang
dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan
congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh
lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat
dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga
papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara
bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan
congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan
buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke
kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang
terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau
lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.
Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu
mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua,
ketiga dan seterusnya hingga pihak
lawan mengaku kalah
Hmmmm
BalasPadamNk nama tokoh.. emm
BalasPadamPragmatic Play, Playtech announce new games portfolio
BalasPadamPragmatic 영주 출장샵 Play has announced 군포 출장마사지 a new 경주 출장마사지 lineup that includes live casino, bingo, live dealer 안산 출장마사지 and 창원 출장마사지 poker games, mobile casino,